Di bawah kibar panji Rasulullah
Benar, banyak peperangan dan konfrontasi terjadi pada masa Nabi. Sekitar 10 tahun beliau tinggal di Madinah, terjadi 64 kali peperangan: 26 peperangan dipimpin Nabi sendiri dan selebihnya adalah pasukan utusan Nabi melawan suku Quraisy dan kabilah-kabilah Arab.
Lantas, banyak orang terutama orientalis dan mereka yang berkacamata sinis menuding Islam tumbuh dari ayunan pedang dan Nabi Muhammad maniak perang. Di sisi lain, sebagian umat Islam menjadikan peperangan-Nabi sebagai legitimasi untuk melakukan kekerasan atas nama keyakinan.
Benarkah tudingan mereka? Tepatkah pertempuran Nabi dijadikan legitimasi untuk melakukan kekerasan? Apa relevansinya dengan zaman kita?
Buku ini menjawab dengan data yang kaya dan tepercaya. Dr. Nizar berhasil dengan lincah mengisahkan perang-perang Rasulullah yang masyhur dalam sejarah. Menggetarkan sekaligus menyadarkan kita apa sejatinya alasan dan tujuan Nabi berperang, bagaimana beliau memimpin pertempuran, bagaimana pasukan disiapkan, apa kriteria para pemimpin yang beliau pilih, serta apa nilai-nilai yang diteladankan.
Ulasan latar belakang setiap perang serta pencantuman ayat-ayat Al-Quran terkait kisah tertentu membuat buku ini kian kaya. Lebih kaya lagi, disuguhkan kisah tentang perang dingin, perang informasi, perang ekonomi, dan perang psikologis di mana Nabi unggul dalam semua jenis peperangan ini dan mengembangkannya sejauh mungkin supaya tidak meletus perang fisik. Bagi Nabi, perang fisik merupakan alternatif terakhir ketika situasi benar-benar memaksa.
Inilah karya berharga yang mencerahkan dan membantu kita melihat secara tepat perang pada masa Nabi serta memahami secara benar ajaran Al-Quran tentang perang.
Perang Badar
Berlaku pada tahun ke 2 hijrah dan merupakan perang yang pertama disertai oleh Nabi Muhammad SAW. Peperangan ini dinamakan Badar kerana peperangan meletus di pinggir sebuah perigi di antara Makkah dan Madinah oleh seorang yang bernama Badr.
Antara faktor tercetusnya peperangan ini disebabkan orang Musyrikin Makkah telah menghalau orang Islam dari Makka dan harta benda mereka terpaksa ditinggalkan di Makkah. Tambahan pula orang Musyrikin cuba menghapusakan umat Islam di Madinah kerana mereka bimbangi orang Islam akan menguasai perdagangan kerana Madinah terletak antara Makkah dan Syam. Jadi perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah tidak menyenagkan hati orang Quraisy kerana perpindahan itu menguatkan lagi kedudukan orang Islam dan memudahkan Rasulullah menyebarkan agama Islam.
Orang Quraisy juga telah membuat satu paksaan sulit dengan orang Yahudi di Madinah kerana mereka mahu menghancurkan perkembangan agama Islam. Nabi Muhammad SAW pernah : “Ya Tuhanku! Andai kata kelompok ini hancur, siapakah lagi yang akan menyembah-Mu di permukaan bumi ini.” Setelah itulah kaum muslimin menganggap peperangan ini sebagai ‘Al-Ghazawatul Furqan’ yang bermaksud peperangan yang menentukan pihak yang benar dan paihak yang bersalah. -
Pada suatu masa, orang Musyrikin Makkah telah membawa suatu kafilah perdangangan di bawah pimpinan Abu Sufian bin Harb. Setelah mengetahui gerakan itu,Nabi Muhammad SAW bersama 324 tentera cuba mengesan kafilah tersebut. Abu Sufian terus maminta bantuan dari Makkah setelah mngetahui tentera Islam sedang menghampiri mereka. Bantuan berjumlah 1000 orang telah dihantar dengan diketuai oleh Abu Jahal. Kedatangan kaum Musyrikin bukan untuk menyelamkan barang dagangan mereka tetapi untuk menewaskan umat Islam, maka peperangan tidak dapat lagi dielakkan.
Sebelum peperangan ini terjadi secara besar-besaran, tiga perlawanan antara satu sama satu telah diadakan.
Tentera Islam Tentera Musyrikin Keputusan Ali bin Abi Talib Syaybah ar-Rubiah Syaybah terbunuh Hamzah bin Abd Mutalib Al -Walid bin Uthbah Al- Walid terbunuh Ubaydah al- Haris Uthbah bin Rabiah Uthbah terbunuh, Ubaydah terceder.
Selain itu, seramai 67 orang lagi daripada pihak Musyrikin terbunuh termasuk Abu Jahl, manakala 14 orang tentera Islam mati syahid. Ramai juga tentera kaum Musyrikin yang ditawan. Mereka telah dikenakan wang tebusan mengikut kemampuan masing-masing, iaitu diantara 1000 dirham hingga 4000 dirham. Tebusan yang tidak berkemampuan tetapi pandai membaca dan menulis akan dikehendaki mengajar 10 kanak Islam sebelum dia dibebaskan.
Hukuman ke atas tentera Musyrikin ini dicadang oleh Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Kerana menurutnya dengan cara ini nescaya Allah akan memberikan hidayah kepada mereka dan keluarga untuk menganut agama Islam. Kemenangan tentera Islam ini tidak disenangi oleh pihak musuh termasuklah orang Yahudi di Madinah, lalu kaum Yahudi telah memperkecilkan kejayaan ini sehingga menyebabkan mereka disingkir dari Madinah. Pihak Musyrikin Makkah pula menaruh dendam ke atas orang Islam.
Perang Uhud
Perang ini tercetus pada tahun 3 Hijrah (625 M). Punca utama tercetusnya perang ini ialah perasaan marah dan dendam di kalangan kaum Musyrikin Quraisy setelah diabaikan oleh kemanagan yang diperolehi oleh tentera Islam. Kaum Musyrikin di bawah pimpinan Abu Sufian dengan kekuatan sebanyak 3000 orang tentera telah menuju ke utara untuk memulakan misi mereka menentang Islam. Nabi Muhammad SAW telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan Madinah.
Rasulullah bercadang untuk bertahan sahaja di Kota Madinah dan baginda mendapat sokongan daripada Abdullah bin Ubay. Walau bagaimanapun, golongan muda hendak keluar dari Kota Madinah untuk menentang kaum Musyrikin. Memandangkan ramai yang bersetuju, maka baginda Rasulullah bersetuju untuk menentang kaum Musyrikin di luar Kota Madinah.
Angkatan tentera Islam berjumlah seramai 1000 orang dan dibahagikan kepada tiga batalion. Dalam perjalanan, Abdullah Ubay bersama 300 orang tentera telah keluar daripada barisan peperangan dan kembali ke Madinah. Tindakan itu dilakukan kerana Nabi Muhammad dikatakan tidak menghiraukan pendapatnya untuk membiarkan tentera Islam bertahan di Madinah. Tentera Islam dan kaum Musyrikin telah bertemu di Bukit Uhud dan peperangan telah meletus di situ. Pada peringkat awal, kemenangan telah berpihak kepada tentera Islam tetapi akhirnya tewas.
Punca kekalahan tentera Islam ini disebabkan sikap mereka sendiri yang mengingkari arahan. Terutama sekali pasukan pemanah yang telah meninggalkan kubu masing-masing untuk mengejar harta rampasan perang. Pengaruh harta telah melemahkan kekuatan iman tentera Islam. Khalid Al-Walid telah mengambil kesempatan ini untuk mengucar-kacirkan benteng pertahanan tentera Islam. Ramai para sahabat yang mati syahid termasuklah bapa saudara baginda, iaitu Hamzah r.a. Perang Uhud telah memberi pengajaran kepada tentera Islam dari segi mental dan fizikal. Moral yang dapat kita perolehi dari peperangan ini ialah Allah SWT tidak akan melindungi umatNya yang menyeleweng dari dasar yang perjuangan. Sebaliknya pihak musuh berhak mendapat kemenangan di atas kelalaian umat Islam.
Perang Khandak
Berlaku dalam bulan Syawal tahun ke-5 Hijrah. Perang Khandak bermaksud 'parit' atau kubu kerana tentera Islam menggali parit di sebelah utara Madinah. Peperangan ini juga dinamakan Perang Ahzab kerana tentera musuh terdiri daripada gabungan tentera Quraisy, kabilah-kabilah Arab, dan kaum Yahudi Madinah.
Sebab berlakunya peperangan ini kerana wujudnya perasaan sombong di kalangan orang Quraisy yang ingin melanjutkan peperangan ke atas tentera musuh yang tewas dalam perang Uhud yang lepas. Mereka melihat peperangan kali ini peluang yang terbaik untuk menghapuskan umat Islam yang tidak mampu untuk melawan balik. Selain itu mereka juga ingin menjaga dan membela kesucian agama mereka.
Bilangan tentera Musyrikin berjumlah 10000 orang. Abu Sufian dilantik untuk menjadi panglima agung yang akan menjdi pemimpin pasukan Quraisy, iaitu 4000 tentera berjalan kaki, 300 tentera berkuda, dan 1500 penunggang kuda. Umaiyah bin Hisu mengetuai Bani Ghaftan dengan 1000 tentera pemanah berkuda. Manakala Yahudi Bani Quraizah bertahan di belakang Kota Madinah.
Dalam peperangan ini, Nabi Muhammad SAW, memerintahkan kepada Maslamah bin Aslam dan Zaid bin Harithah dengan tentera Islam berjumlah 500 orang menjaga Madinah daripada serangan dalaman oleh tentera Yahudi Bani Quraizah. Zubair al-Awwam dikehendaki untuk mendapatkan maklumat rahsia daripada Bani Quraizah. Nu'aim bin Ma'sud, pemimpin Bani Ghaftan yang baru memeluk agama Islam telah menawarkan diri untuk melaga-lagakan pihak musuh. Beliau telah pergi menemui pemimpin Yahudi Bani Quraizah dan mengatakan bahawa tentera Quraisy akan mengkhianati mereka.
Selepas itu beliau berjumpa dengan Abu Sufian, pemimpin Bani Quraisy mengatakan bahawa tentera Yahudi telah mengkhianati perjanjian keamanan dengan Nabi Muhammad SAW. Tindakan Nu'aim berjaya menimbulkan syak wasangka dikalangan tentera musuh sehinggakan rancangan untuk menyerbu masuk Kota Madinah terpaksa dibatalkan. Nu'aim berjaya memainkan peranan kerana beliau baru sahaja memeluk Islam dan pihak musuh tidak mengetahuinya.
Rasulullah kemudiannya menyusun strategi peperangan dengan menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit sepanjang 12000 hasta di utara Kota Madinah. Halangan parit besar ini menyebabkan tentera Ahzab berkhemah di kawasan luar parit dan mengepung selama 2 minggu. Kepungan mereka tidak mendatangkan hasil.
Peperangan hanyalah berlaku dalam bentuk lontaran batu dan lembing serta berpanah-panahan. Beberapa orang tentera Quraisy cuba menyerang parit tetapi berjaya dibunuh oleh tentera Islam. Akhirnya, tentera musuh yang mengepung di luar parit telah kehabisan makanan. Peristiwa ini telah disusuli dengan ribut pasir yang berlaku selama 3 hari berturut-turut. Kejadian ini menyebabkan khemah tentera Ahzab telah terbongkar dan debu berterbangan menyebabkan mata mereka pedih. Akhirnya mereka tewas dan meninggalkan medan perang dengan kekecewaan. Peristiwa ini telah dicatatkan dalam Al-Quran Surah Al-Ahzab ayat 9.
Selepas peperangan ini, tentera Islam telah mengubah strategi peperangan, iaitu tidak menunggu dan bertahan tetapi mereka mula menyerang tempat-tempat yang dijadikan markas untuk menentang tentera Islam. Perang Ahzab telah membuktikan bahawa kekuatan fizikal semata-mata tidak mencukupi untuk menentang kekuatan iman umat Islam. Selagi mereka di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW, mereka akan berjaya untuk mengatasi pelbagai rintangan.
0 Response to "Perang Pada Masa Rasulullah"
Post a Comment