Pengenalan Ilmu
Tajwid
Allah Ta'ala berfirman :
"Maka bacalah Al-Qur'an dengan tartil (yang sebaik-baiknya)." (QS.
Al-Muzammil : 4)
Rasulullah bersabda :
"Bacalah olehmu Al-Qur'an, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari
kiamat member syafaat/pertolongan ahli-ahli Al-Qur'an (yang membaca dan
mengamalkannya)." (HR. Muslim)
Rasulullah bersabda :
"Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang belajar Al-Qur'an
dan mengajarkannya kepada orang lain." (HR. Bukhori)
Sebelum mulai mempelajari Ilmu Tajwid sebaiknya kita mengetahui
lebih dahulu bahwa setiap ilmu ada sepuluh asas yg menjadi dasar
pemikiran kita. Berikutnya dikemukakan 10 asas Ilmu Tajwid.
1.
Pengertian Tajwid menurut bahasa : Memperelokkan
sesuatu.
Menurut istilah Ilmu Tajwid : Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang
betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf.
2.
Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah dan
mengamalkannya yakni membaca Al-Quran dgn bertajwid adalah
Fardhu Ain bagi setiap muslimin dan muslimat ygt mukallaf.
3.
Tumpuan perbincangannya : Pada kalimah² Al-Quran.
4.
Kelebihannya : Ia adalah semulia mulia ilmu kerana ia
langsung berkaitan
dgn kitab Allah Al-Quran.
5.
Penyusunnya : Imam-Imam Qiraat.
6.
Faedahnya : Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta
mendapat
rahmat dan keredhaan Allah didunia dan akhirat. Insya-Allah.
7.
Dalilnya : Dari Kitab Al-Quran dan Hadis Nabi ( S.A.W )
8.
Nama Ilmu : Ilmu Tajwid
9.
Masalah yg diperbaincangkan : Mengenai keadah² dan
cara²
bacaannya secara keseluruhan yg memberi pengertian hukum² cabangan.
10. Matlamatnya
: Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat²
suci Al-Quran pada ketika membacanya. Membaca sejajar dgn
penurunannya yg sebanar dari Allah ( S.W.T )
0 Response to "ILMU TAJWID"
Post a Comment